Skip to main content

 Selamat Datang Ke Portal Sistem Pengurusan Kualiti Bersepadu
Unit Kualiti PPSP | USM Kampus Kesihatan

Mesyuarat Penutup Audit Dalaman MSISO9001:2015 PPSP

Mesyuarat Penutup Audit Dalaman 2024

Mesyuarat Penutup Audit Dalaman MSISO9001:2015 PPSP telah berlangsung dengan jayanya pada KHAMIS, 15 FEBRUARI 2024 Jam 9.30 pagi bertempat di Bilik Persidangan PPSP. Ketua Jabatan/Unit/Program dan juga Juruadit Dalam turut sama hadir bagi memastikan penemuan audit disampaikan dan diambil tindakan sewajarnya. Kehadiran pihak pengurusan tertinggi terutama Dekan dan Timbalan-timbalan Dekan membuktikan komitkan tinggi dan berterusan dalam mempastikan amalan kualiti berjalan dengan sebaiknya di PPSP.

Segala kerjasama dan sokongan tuan/puan dalam menjayakan aktiviti audit pada kali ini amat dihargai.Terima kasih.

MESYUARAT KAJIAN SEMULA (MRM) 2023

Poster MRM2024

Mesyuarat Kajian Semula Pengurusan (MRM)  2023 MS ISO9001:2015 PPSP telah diadakan pada 10 Julai 2024 bertempat di Bilik Persidangan, PPSP.

Di dalam mesyuarat ini telah di bentangkan laporan kualiti Jabatan / Unit / Program di PPSP berdasarkan format yang telah ditetapkan dan maklumbalas berkaitan aktiviti pengurusan secara keseluruhan. Minit mesyuarat boleh di dapati PAUTAN DOKUMEN KAWALAN ISPK.

Diharapkan melalui pembentangan ini,  staf Jabatan / Unit / Program di PPSP mendapat idea untuk meningkatkan kualiti di  tempat masing -masing dari hasil dapatan Jabatan / Unit / Program sendiri dan dari Jabatan / Unit / Program yang lain.

Program 'Winning Research Grants for Beginners'

Program 'Winning Research Grants for Beginners'

Program 'Winning Research Grants for Beginners' anjuran Jawatankuasa Latihan, Unit Kualiti PPSP, telah diadakan pada 6 Jun 2024 betempat di Bilik Persidangan, Pusat Pengajian Sains Perubatan (PPSP), Universiti Sains Malaysia (USM) hari ini telah menarik hampir 80 orang pensyarah PPSP.

Program ini bertujuan untuk memberikan panduan kepada para pensyarah yang baru dalam bidang penyelidikan mengenai cara-cara untuk mendapatkan geran penyelidikan dengan berjaya. Program ini menampilkan empat sesi pembentangan yang disampaikan oleh pensyarah berpengalaman.

Pembentangan pertama bertajuk "Overview of Winning Research Grants" telah disampaikan oleh Prof Madya Dr Asrenee Ab. Razak. Dalam sesi ini, beliau memberikan gambaran keseluruhan tentang proses dan elemen penting dalam permohonan geran penyelidikan.

  • Our Story About

  • Home About

Sesi kedua bertajuk "Strategy on Good Research Grant Proposal" telah dikendalikan oleh Prof Madya Dr Siti Nurma Hanim Hadie@Haji. Beliau berkongsi strategi dan tip untuk menulis proposal geran penyelidikan yang berkualiti dan berpotensi untuk mendapat kelulusan.

"Introduction to Research Opportunity and Types of Grants" adalah tajuk pembentangan ketiga yang dibentangkan oleh Prof Dr Kamarul Imran Musa. Beliau menerangkan pelbagai peluang penyelidikan yang ada serta jenis-jenis geran yang boleh dipohon oleh para pensyarah.

Sesi terakhir bertajuk "Managing Research Grants" telah disampaikan oleh Prof Dr Liza Sharmini Tajudin. Beliau membincangkan cara-cara menguruskan geran penyelidikan dengan efektif selepas mendapat kelulusan, termasuk aspek kewangan dan laporan kemajuan.

Program ini diharapkan dapat membantu pensyarah PPSP untuk lebih memahami dan berjaya dalam permohonan geran penyelidikan mereka di masa hadapan. Inisiatif ini menunjukkan komitmen PPSP dalam memajukan penyelidikan saintifik di kalangan kakitangannya, selaras dengan matlamat universiti untuk mencapai kecemerlangan dalam bidang penyelidikan.

  • Atelier

  • Products

AUDIT DALAMAN MS ISO9001:2015

WhatsApp Image 2024 01 09 at 12.17.56

 

MESYUARAT PEMBUKAAN AUDIT DALAMAN MS ISO9001:2015 PPSP

Mesyuarat Pembukaan Audit Dalaman bagi PPSP telah berlangsung dengan jayanya pada 23 Jan 2024, bermula jam 9.30 pagi bertempat di Bilik Persidangan Utama PPSP (BPU). Ketua Juruaudit Dalam dan pihak Pengurusan PPSP telah bersetuju untuk melaksanakan proses Audit Dalaman MS ISO9001:2015 bermula dari 23 Jan hingga 15 Feb 2024. Ketua Jabatan/Penyelaras Kualiti Jabatan/unit dan semua Juruadit Dalam yang dilantik telah hadir ke mesyuarat pembukaan.

Semasa mesyuarat ini, Ketua Juruaudit Dalam telah membentangkan tatacara perlaksanaan Audit Dalaman, borang-borang terlibat, pembahagian kumpulan audit dan juga nama-nama Juruaudit Dalam yang terlibat.

TAKLIMAT FAIL KURSUS OBE

TAKLIMAT FAIL KURSUS OBE

Kursus Audit Dalaman MS ISO 9001:2015 untuk tahun 2023 telah diadakan selama dua hari , pada 13 dan 14 Disember 2023 bertempat di Dewan Kuliah 8, Pusat Pengajian Sains Perubatan. Kursus ini diadakan  untuk melatih kumpulan juruaudit yang berkelayakan dan kompeten bagi pemantapkan sistem pengurusan kualiti di PPSP. Lebih daripada 60 orang kakitangan PPSP yang terdiri daripada staf akademik dan staf bukan akademik telah menyertai kursus ini.

Semasa kursus ini, peserta-peserta didedahkan tentang apakah ISO dan sistem pengurusan berkualiti. Selain itu, peserta-peserta juga diajar tentang proses audit dalaman dan ciri-ciri atau sikap yang perlu ada pada juruaudit dalaman.

Peserta-peserta yang telah mengikuti Kursus Audit Dalaman ini adalah layak menjadi juruaudit dalaman MS ISO9001:2015 di PPSP.