Unit Pengurusan Strategik dan Kualiti (UPS-Q)
Pengenalan Unit Pengurusan Strategik dan Kualiti (UPS-Q)
Unit Pengurusan Strategik dan Kualiti (UPS-Q), Pusat Pengajian Sains Perubatan (PPSP), Universiti Sains Malaysia merupakan unit yang bertanggungjawab dalam menyelaras, memantau dan memperkasa pelaksanaan amalan kualiti serta pengurusan strategik secara menyeluruh di peringkat Pusat Pengajian. Penubuhan UPS-Q yang secara rasminya pada Februari 2025 adalah berasaskan aspirasi PPSP untuk kekal sebagai institusi berstatus swa-akreditasi dan memperkukuhkan budaya kecemerlangan melalui sistem pengurusan kualiti yang mampan, responsif dan sejajar dengan keperluan agensi penarafan seperti MQA, Kementerian Pendidikan Tinggi dan badan profesional.
UPS-Q juga berperanan penting sebagai pemacu utama dalam penyelarasan proses penambahbaikan berterusan (CQI), pelaksanaan audit dalaman dan luaran, pengurusan maklum balas pelanggan, serta pembangunan kompetensi staf melalui latihan berfokus. Unit ini menjadi pusat sokongan utama kepada pihak pengurusan PPSP, Pusat Swa-Akreditasi (PSA) dan Pusat Kualiti Akademik Universiti (PKAUSM) dalam usaha mengekalkan piawaian kualiti akademik serta tadbir urus yang berkesan selari dengan misi dan visi PPAP khususnya dan USM amnya.
Struktur Organisasi
UPSQ diterajui oleh Prof. Madya Dr. Nik Rosmawati Nik Husain selaku Ketua Unit Pengurusan Strategik dan Kualiti, di bawah kepimpinan Dekan PPSP, Prof. Dr. Kamarul Aryffin Baharuddin. Pelaksanaan fungsi unit ini digerakkan oleh enam jawatankuasa utama yang diketuai oleh individu berpengalaman dan berdedikasi dalam bidang masing-masing, serta disokong oleh pasukan sekretariat yang komited.
Jawatankuasa Utama di bawah UPSQ:
- Sekretariat – Membantu pengurusan dokumentasi, menyelaras aktiviti unit serta menjadi tulang belakang kepada pelaksanaan operasi harian UPSQ.
- Pengawal Dokumen (CDC) – Menyelia sistem dokumentasi digital dan pemantauan indikator strategik PPSP.
- Jawatankuasa Kualiti Akademik (JKA) – Mengkoordinasi akreditasi program akademik dan pematuhan terhadap piawaian MQA dan universiti.
- Jawatankuasa Jaminan Kualiti Dalaman & Luaran (IEQA) – Mengurus hal audit dalaman dan luaran, termasuk pelaporan dan kesiapsiagaan fakulti.
- Jawatankuasa Latihan (JK Latihan) – Merancang dan menilai keberkesanan latihan kompetensi staf berdasarkan KPI dan CPD.
- Jawatankuasa Pengurusan Maklum Balas Pelanggan (JK PMP) – Mengendalikan sistem aduan dan maklum balas untuk penambahbaikan perkhidmatan fakulti.
Komitmen UPSQ
Sebagai nadi penggerak kualiti PPSP, UPS-Q sentiasa komited untuk:
- Meningkatkan tahap kecekapan pentadbiran akademik dan pengurusan melalui strategi yang efektif.
- Menyokong pematuhan terhadap keperluan dan piawaian badan akreditasi.
- Memastikan pengurusan data dan maklumat strategik berada dalam keadaan optimum dan bersedia untuk sebarang keperluan penilaian.
- Memupuk budaya kerja berasaskan kualiti, nilai tambah dan keberkesanan perkhidmatan.