Skip to main content

 Selamat Datang Ke Portal Sistem Pengurusan Kualiti Bersepadu
Unit Kualiti PPSP | USM Kampus Kesihatan

AUDIT PEMANTAUAN MS ISO9001:2015 PPSP OLEH SIRIM QAS

poster SURVEILLANCE AUDIT SIRIM

 

AUDIT PEMANTAUAN MS ISO9001:2015 PPSP OLEH SIRIM QAS telah diadakan pada 23-24 Oktober 2023. Mesyuarat pembukaan telah diadakan pada 23 Oktober 2023 bertempat di Bilik Persidangan Utama, PPSP pada jam 9.30 Pagi. 

 Dua orang juruaudit yang telah mewakili SIRIM iaitu Pn Siti Rahmah Ahmad dan Pn Nuraadhiah Yusoff Thani Amrullah.

Jawatankuasa Pengurusan Kualiti, MS ISO9001:2015 dan Unit Kualiti mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua jabatan / unit yang telah memberi komitmen yang penuh sepanjang proses audit berlangsung.

MESYUARAT KAJIAN SEMULA (MRM) 2022/2023

WhatsApp Image 2023 09 26 at 14.47.54

 

Mesyuarat Kajian Semula Pengurusan (MRM) 2022 / 2023 MS ISO9001:2015 PPSP telah diadakan pada 5 Oktober 2023 bertempat di Bilik Persidangan, PPSP.

Di dalam mesyuarat ini telah di bentangkan laporan kualiti Jabatan / Unit / Program di PPSP berdasarkan format yang telah ditetapkan dan maklumbalas berkaitan aktiviti pengurusan secara keseluruhan. Minit mesyuarat boleh di dapati PAUTAN DOKUMEN KAWALAN ISPK.

Diharapkan melalui pembentangan ini,  staf Jabatan / Unit / Program di PPSP mendapat idea untuk meningkatkan kualiti di  tempat masing -masing dari hasil dapatan Jabatan / Unit / Program sendiri dan dari Jabatan / Unit / Program yang lain.

Terima kasih.

Kursus Audit Dalaman MS ISO9001:2015 December 2023

 

WhatsApp Image 2024 01 16 at 09.23.17 1

 

Kursus Audit Dalaman MS ISO9001:2015 telah diadakan pada 13-14 Disember 20243 di Dewan Kuliah 8. Kursus ini menyasarkan peserta yang terdiri daripada Penyelaras Kualiti, Pengawal Dokumen, Penyelaras Kursus Undergrade dan Postgrade, Juruaudit MQA/ OBE/ SSR dan staf PPSP yang berminat menjadi juruaudit.

Sepanjang kursus ini, 5 topik telah di bentangkan oleh 5 pencemarah yang terdiri daripada Ahli Jawatkuasa MS ISO9001:2015 PPSP. Slide kursus boleh di dapati di link berikut: https://ispkmedic.kk.usm.my/index.php/info/slide-kursus-audit/kursus-audit-dalaman-ms-iso9001-2015-december-2023

Diharapkan Kursus ini dapat memberi manfaat kepada semua peserta untuk diaplikasikan ke dalam peranan masing – masing.

Terima kasih.

Mesyuarat Pembukaan Surveillance Audit SIRIM 

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk. 
2. Dimaklumkan bahawa pihak Pengurusan PPSP dan SIRIM QAS telah menetapkan aktiviti Audit Pemantauan (Surveillance Audit) Sistem Pengurusan Kualiti MS ISO 9001:2015 bagi Pusat Pengajian Sains Perubatan akan dijalankan pada 23-24 Oktober 2023. 
Sehubungan itu, semua Jabatan/Unit/Bahagian diharapkan agar bersiap sedia pada tarikh-tarikh tersebut bersama-sama staf atau dokumen berkaitan yang diperlukan oleh juruaudit.
 3. Untuk makluman butiran audit adalah seperti berikut: 
      Mesyuarat Pembukaan Surveillance Audit SIRIM 
      Tarikh : 23 Oktober 2023 (Isnin, jam 9.30 pagi) 
      Tempat : Bilik Persidangan Utama PPSP 
      Mesyuarat Penutup Surveilance Audit SIRIM 
      Tarikh : 24 Oktober 2023 (Selasa, jam 4.00 petang) 
      Tempat : Bilik Persidangan Utama PPSP 4. 
Semua Ketua Jabatan, Penyelaras Kualiti dan Pengawal Dokumen diminta hadir bagi kedua-dua sesi tersebut. 
 5. Jadual audit yang lebih terperinci akan dimaklumkan kemudian setelah mendapat jadual perancangan audit daripada pihak SIRIM. Segala perhatian dan sokongan daripada YBhg Prof/Dr/Tuan/Puan amat dihargai. Sekian, terima kasih.
 

page 2- Seminar PPSP Junior Academician by Design

SIRI 3: Academic Leadership

Seminar Siri 3 ini diadakan pada 21 Ogos 2023, bertempat di Bilik Persidangan, PPSP, Kampus Kesihatan USM yang merupakan lanjutan daripada SIRI 1 dan 2. Seminar ini khusus untuk pensyarah gred DU dan DS di PPSP yang tempoh perkhidmatan kurang dari lima tahun. Seramai 44 pensyarah telah hadir untuk program ini.

Objektif utama seminar Siri 3 adalah untuk menyuntik dan meningkatkan motivasi pensyarah muda ke arah menjadi pensyarah yang berkepimpinan dan juga mendedahkan mereka kepada strategi menjadi penyelia yang hebat dan berketrampilan.

Penceramah dan tajuk yang bentangkan adalah seperti di bawah:

1) Prof. Dr. Kamarul Aryffin Baharuddin: The art of being an educator

2) Dr. Nurhanis Syazni Roslan: Feeding two birds with one scone: Professionalism assessment

3) Prof. Madya Dr. Muhamad Saiful Bahari Yusof: Embracing the growing zone: A young educator’s journey beyond the comfort zone

4) Prof. Madya Dr. Muhammad Farid Johan: How to become a good supervisor

5) Prof. Dr. Liza Sharmini Ahmad Tajudin: Academic leadership: a quick guide for young leaders

SIRI 4: Internationalisation, Visibility and Community service

Seminar Siri 4 ini diadakan pada 12 September 2023, bertempat di Bilik Persidangan, PPSP, Kampus Kesihatan USM yang merupakan lanjutan daripada SIRI 1,2 dan 3. Seminar ini khusus untuk pensyarah gred DU dan DS di PPSP yang tempoh perkhidmatan kurang dari lima tahun. Seramai 50 pensyarah telah hadir untuk program ini.

Objektif utama seminar Siri 4 adalah untuk mendedahkan pensyarah muda kepada komponen KPI PPSP dan Sistem Pengurusan Kualiti yang digunapakai di PPSP untuk mencapai KPI PPSP. Disamping itu, seminar ini bertujuan untuk memberi motivasi kepada pensyarah muda untuk menjadi ahli akedemik yang bertaraf antarabangsa dan memperkenalkan pensyarah muda kepada prosedur perancangan program Komuniti.

Penceramah dan tajuk yang bentangkan adalah seperti di bawah:

1. Prof. Dr. Wan Hazabbah Wan Hitam: Introduction to PPSP and USM, PPSP KPI & Community engagement program

2. Prof. Madya Dr. Nik Rosmawati Nik Husain: Continuous quality management system

3. Prof. Zilfalil Alwi: Global leaders & Navigating barriers and challenges in academia.