KURSUS PENGURUSAN ADUAN PELANGGAN
Tarikh: 29 Mac 2023
Tempat: Webex (Online)
Objektif:
- Untuk memantapkan kemahiran komunikasi para peserta dalam menangani aduan daripada pengadu samada secara bersemuka dan secara dalam talian.
- Untuk mendedahkan kepada para peserta tentang cabaran, kemahiran berurusan dan cara menangani aduan pelanggan pada masa kini.
Sasaran peserta dan kehadiran: Seramai 20 orang peserta terdiri daripada staf USM & Hospital USM
Teks Pengisian program- termasuklah penceramah dan tajuk
Program kursus pengurusan aduan pelanggan telah berlangsung di secara dalam talian melalui WEBEX yang dikendalikan sepenuhnya oleh ahli jawatankuasa Aduan Pelanggan PPSP bertempat di Unit Kualiti PPSP, USM Kampus Kesihatan pada 29 Mac 2023 bermula pada pukul 9.00 pagi sehingga 12.30 tengahari. Kursus ini dianjurkan adalah bertujuan untuk memantapkan kemahiran para peserta ketika berhadapan dan berurusan dengan aduan pelanggan daripada pelajar, pelawat, dan pesakit. Ia meliputi aspek kemahiran dari segi komunikasi dengan lebih professional dalam menangani aduan secara bersemuka dan secara dalam talian (aduan melalui email dan aplikasi whatsapp). Kursus ini juga antaranya akan mendedahkan para peserta tentang cabaran, kemahiran berurusan dan cara menangani aduan pelanggan di era digital pada hari ini
Program yang dihadiri oleh 20 orang peserta terdiri daripada ahli jawatankuasa yang terlibat dengan aduan pelanggan daripada PPSP, PPSK dan hospital USM.
Antara pengisian program yang telah diadakan termasuklah 3 ceramah iaitu:
- Tatacara pengurusan aduan pelanggan berdasarkan KKM disampaikan oleh Penolong Pegawai Perhubungan Awam, Hospital Raja Perempuan Zainab (HRPZ) II, Puan Noziryati Yusoff@ Ibrahim.
- Pengurusan aduan pelanggan di Kampus, Universiti Sains Malaysia (hospital- pesakit, pelawat, pelajar) disampaikan oleh Timbalam Pendaftar, Pejabat Pengarah kampus Universiti Sains Malaysia, En. Amyrulhan Azhari.
- Aduan pelajar kepada pusat pengajian (pengalaman & tips) disampaikan oleh Ketua bahagian Hal Ehwal Pelajar, Universiti Pertanian Malaysia, En. Nuruliman Ibrahim
Kursus ini disusuli dengan sesi soal jawab di antara peserta dan penceramah. Insya-Allah, dengan berlangsungnya kursus ini ia dapat meningkatkan pemahaman ahli jawatankuasa dalam menangani aduan di Kampus Kesihatan, USM.
Disediakan oleh: Dr Ramlah Kadir