MESYUARAT PEMBUKAAN AUDIT DALAMAN MS ISO9001:2015 PPSP
MESYUARAT PEMBUKAAN AUDIT DALAMAN MS ISO9001:2015 PPSP
Mesyuarat Pembukaan Audit Dalaman bagi PPSP telah berlangsung dengan jayanya pada 10 Julai 2023, bermula jam 9.30 pagi bertempat di Bilik Persidangan Utama PPSP (BPU). Ketua Juruaudit Dalam dan pihak Pengurusan PPSP telah bersetuju untuk melaksanakan proses Audit Dalaman MS ISO9001:2015 bermula dari 10 Julai hingga 3 Ogos 2023. Ketua Jabatan/Penyelaras Kualiti Jabatan/unit dan semua Juruadit Dalam yang dilantik telah hadir ke mesyuarat pembukaan.
Semasa mesyuarat ini, Ketua Juruaudit Dalam telah membentangkan tatacara perlaksanaan Audit Dalaman, borang-borang terlibat, pembahagian kumpulan audit dan juga nama-nama Juruaudit Dalam yang terlibat.