Skip to main content

 Selamat Datang Ke Portal Sistem Pengurusan Kualiti Bersepadu
Unit Kualiti PPSP | USM Kampus Kesihatan

UNIT KUALITI

PENGENALAN

Unit Kualiti PPSP bertindak sebagai Unit Jaminan Kualiti Dalaman bagi PPSP untuk menyelaras perlaksanaan Sistem Pengurusan Kualiti Bersepadu (iSPK) (Integrated Quality Management System-iQMS) yang mengintegrasikan pengurusan kualiti berdasarkan Standard MS ISO 9001:2015 dan keperluan Swaakreditasi berdasarkan Agensi Kelayakan Malaysia (Malaysian Qualification Agency -MQA).

PPSP mempunyai pengalaman yang cukup lama dalam perlaksanaan SPK berteraskan MS ISO 9001 iaitu sejak dari tahun 2006 (16 tahun). Ianya bermula dengan pematuhan kepada Standard MS ISO 9001:2000, kemudian bertukar kepada Standard MS ISO 9001:2008 pada tahun 2009, dan Standard MS ISO 9001:2015 pada tahun  2018 hingga sekarang.  Maka, telah terbukti sumber manusia di PPSP telah cukup terlatih dan berpengalaman, sistem dokumentasi telah mantap di semua peringkat, dan halatuju yang jelas dari pihak pengurusan tertinggi PPSP. Justeru, Unit Kualiti PPSP amat penting dalam memainkan peranan bagi memastikan semua aktiviti berkaitan kualiti dapat berjalan dengan lancar selari dengan misi dan visi PPSP serta membantu memenuhi keperluan KPI PPSP dan MyRA (Malaysia Research Assessment).

 

FUNGSI UNIT KUALITI PPSP

Unit Kualiti PPSP USM berperanan untuk menyelaras Sistem Pengurusan Kualiti (SPK) di PPSP agar mematuhi keperluan standard MS ISO 9001:2015 dan Akreditasi SWA/MQA (Malaysian Qualifications Agency/Agensi Kelayakan Malaysia) yang menekankan kepada Outcome based education (OBE), serta juga agar selari dengan keperluan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) dan Malaysia Research Assessment (MyRA) PPSP. Sehubungan itu, Unit Kualiti PPSP perlu:

1. Merangka, melaksana, menyelaras dan memantau aktiviti berkaitan program akademik (Prasiswazah dan Pascasiswazah) dan penyelidikan di PPSP agar mematuhi standard/piawaian yang ditetapkan oleh MS ISO 9001:2015.

2. Memantau perlaksanaan Outcome-Based Education (OBE) di dalam program akademik seperti ditetapkan oleh Agensi Kelayakan Malaysia (Malaysian Qualifications Agency, MQA).

3. Memantau pengurusan Latihan dan kompetensi di PPSP agar selaras dengan aspirasi PPSP dan standard MS ISO 9001:2015.

4. Menyelaras dan melaksanakan audit dalaman serta audit luaran (oleh SIRIM QAS Int.) di PPSP mengikut standard MS ISO 9001:2015.

5. Menyediakan platform e-dokumentasi melibatkan proses dan dokumen berkaitan dengan pengurusan kualiti berdasarkan standard MS ISO 9001:2015.

6. Menyediakan Latihan/bengkel dan memberikan khidmat nasihat dan bimbingan kepada semua staf di PPSP untuk memastikan pengurusan sistem kualiti berjalan berdasarkan standard MS ISO 9001:2015.

7. Menyampaikan dan melaporkan sebarang keperluan penambahbaikan Sistem Pengurusan Kualiti kepada Pengurusan Tertinggi PPSP.

Fungsi-fungsi yang disebut di atas dilaksanakan oleh tiga Jawatankuasa teras di dalam Unit Kualiti iaitu Jawatankuasa Kualiti ISO 9001:2015, Jawatankuasa Latihan, dan Jawatankuasa Aduan Pelanggan.

 

CARTA ORGANISASI

Unit Kualiti PPSP diketuai oleh Penyelaras Unit Kualiti, yang bertanggungjawab kepada Semua Timbalan Dekan dan Dekan PPSP.

carta_organisasi.jpg

 

AKTIVITI UNIT KUALITI

Unit kualiti akan melaksanakan aktiviti atau program tahunan secara berkala dan akan ditambah baik setiap tahun bagi memenuhi keperluan yang dinyatakan di dalam standard MS ISO9001:2015 dan juga keperluan Swaakreditasi.

Antara aktiviti tetap Unit Kualiti adalah:

aktiviti_Unit_Kualiti.png

 

LOKASI UNIT KUALITI PPSP

Unit Kualiti PPSP beroperasi di tingkat bawah Pejabat Timbalan-Timbalan Dekan PPSP.