Skip to main content

 Selamat Datang Ke Portal Sistem Pengurusan Kualiti Bersepadu
Unit Pengurusan Strategik dan Kualiti (UPS-Q) | USM Kampus Kesihatan

Bengkel Item Construction for Postgraduate Clinical Programme

Program ini bertujuan meningkatkan kefahaman dan kemahiran peserta dalam membina item penilaian atau soalan peperiksaan yang sah dan berkualiti selaras dengan hasil pembelajaran program klinikal. Selain itu, bengkel ini turut menggalakkan perkongsian amalan terbaik dalam kalangan penyelia dan pensyarah.

Sepanjang bengkel, peserta didedahkan dengan teknik pembinaan soalan Multiple True False (MTF) dan Single Best Answer (SBA) serta sesi semakan rakan sebaya bagi memperkukuh kualiti item yang dibangunkan.

Penganjuran bengkel ini diharap dapat menyumbang kepada peningkatan kualiti penilaian serta kecemerlangan program pascasiswazah klinikal secara keseluruhan.

 

Jawatankuasa Latihan, Unit Pengurusan Strategik dan Kualiti (UPS-Q), Pusat Pengajian Sains Perubatan (PPSP) dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Perubatan telah menganjurkan Bengkel “Item Construction for Postgraduate Clinical Programme” pada 9 April 2026 (Khamis) bertempat di Blok Pembelajaran Sumber Pelajar.

Bengkel yang berlangsung dari jam 8.30 pagi hingga 3.30 petang ini melibatkan penyertaan seramai 45 orang pensyarah serta 5 orang penceramah berpengalaman dalam bidang pendidikan perubatan.