Skip to main content

 Selamat Datang Ke Portal Sistem Pengurusan Kualiti Bersepadu
Unit Kualiti PPSP | USM Kampus Kesihatan

Mesyuarat Kajian Semula Pengurusan (MRM) MS ISO9001:2015 PPSP 2024

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,  
Y.Brs. Prof./Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan,  

Dengan hormat perkara di atas adalah dirujuk.

2. Adalah dimaklumkan bahawa Mesyuarat Kajian Semula Pengurusan (MRM) MS ISO9001:2015 bagi tahun ini akan diadakan seperti maklumat berikut:

 Tarikh        : 10 Julai 2024 (Rabu)  
Masa          : 2.30 petang  
Tempat      : Bilik Persidangan PPSP
Agenda    :

Agenda 1: Pengesahan minit Mesyuarat Kajian Semula Pengurusan (MRM) yang lalu (5 Oktober 2023)                                        
Agenda 2: Status perubahan dan tindakan dari MRM yang lepas (termasuk isu luar) 
Agenda 3:  Laporan audit 
Agenda 4:  Semakan Polisi Kualiti dan Objektif Kualiti 
Agenda 5:  Laporan maklum balas kepuasan pelanggan 
Agenda 6:  Laporan `Non-Conforming Products/services’(NCP) 
Agenda 7:  Laporan pengurusan risiko
Agenda 8:  Perubahan isu dalaman dan luaran
Agenda 9:  Keperluan sumber (staf/peralatan/ruang/persekitaran)
Agenda 10: Latihan staf dan kompetensi
Agenda 11: Prestasi pembekal
Agenda 12: Cadangan penambahbaikan
Agenda 13: Penambahbaikan yang telah dilaksanakan di jabatan
Agenda 14: Hal-hal lain 
Agenda 15: Ulasan dan kesimpulan Dekan berkaitan prestasi keseluruhan SPK

3. Semasa mesyuarat, Pengurus Kualiti akan membentangkan laporan kualiti setiap Jabatan/Unit/Program berdasarkan template Minit MRM 2024 yang telah diedarkan kepada semua Penyelaras Kualiti/ Pengawal Dokumen sebelum ini.

4. Segala perhatian dan sokongan Y.Brs. Prof/Dr/Tuan/Puan dalam menjayakan MRM 2024 dan aktiviti kualiti di PPSP adalah amat dihargai. 

Sekian, harap maklum.   

 Terima kasih.

 "MALAYSIA MADANI"    
"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"   

Saya yang menjalankan amanah  
PROF MADYA DR ROSEDIANI MUHAMAD    
Pengurus Kualiti MS ISO9001:2015 PPSP