AUDIT PENSIJILAN SEMULA MS ISO9001:2015 PPSP
Oleh SIRIM QAS
Tarikh : 25-27 Ogos 2024.
Mesyuarat pembukaan : Bilik Persidangan Utama, PPSP
Masa : 9.30 Pagi
Auditor : Pn Maznah Mat Isa dan En Muhammad Nazmie Mat Nasir
HARI KEDUA (26 OGOS 2024)
Audit diteruskan di jabatan-jabatan terlibat bagi pemeriksaan lebih mendalam. Pasukan audit SIRIM QAS menilai setiap aspek sistem pengurusan kualiti yang dijalankan oleh jabatan-jabatan tersebut, termasuk rekod, laporan, dan bukti pematuhan. Objektif utama adalah untuk memastikan keselarasan dan keberkesanan berterusan dengan piawaian yang ditetapkan.
Hari Pertama (25 Ogos 2024)
Audit Pensijilan Semula MS ISO 9001:2015 dimulakan dengan sesi pembukaan oleh Dekan Pusat Pengajian Sains Perubatan (PPSP). Selepas itu, pasukan audit SIRIM QAS yang diketuai Pn Maznah Mat Isa dan En Muhammad Nazmie Mat Nasir meneruskan penilaian di jabatan-jabatan dan unit-unit terlibat. Fokus audit adalah untuk menilai pematuhan terhadap standard MS ISO9001:2015, dengan meneliti dokumen, prosedur, dan amalan kerja sedia ada.
Hari Ketiga (27 Ogos 2024)
Pada sebelah pagi, pasukan audit melengkapkan semakan terakhir di jabatan-jabatan yang masih terlibat. Sesi penutupan audit diadakan pada sebelah petang dimana Pn Maznah Mat Isa telah membentangkan penemuan audit mereka. Hasil penilaian dan cadangan penambahbaikan turut dikongsikan, sebagai panduan bagi PPSP untuk meningkatkan keberkesanan sistem pengurusan kualiti.
Unit Kualiti, PPSP ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua AJK dan staf yang terlibat dalam Audit Pensijilan Semula MS ISO 9001:2015. Hasil komitmen, kerjasama, dan usaha gigih semua pihak, PPSP berjaya menerima pensijilan semula MS ISO 9001:2015 yang berkuat kuasa dari 17 Oktober 2024 hingga 6 November 2027. Pengiktirafan ini mencerminkan dedikasi staf dalam memastikan standard pengurusan kualiti yang tinggi di PPSP. Terima kasih sekali lagi kepada semua yang telah menyumbang kepada pencapaian ini.