Skip to main content

 Selamat Datang Ke Portal Sistem Pengurusan Kualiti Bersepadu
Unit Kualiti PPSP | USM Kampus Kesihatan

TAKLIMAT FAIL KURSUS OBE

Kursus Audit Dalaman MS ISO 9001:2015 untuk tahun 2023 telah diadakan selama dua hari , pada 13 dan 14 Disember 2023 bertempat di Dewan Kuliah 8, Pusat Pengajian Sains Perubatan. Kursus ini diadakan  untuk melatih kumpulan juruaudit yang berkelayakan dan kompeten bagi pemantapkan sistem pengurusan kualiti di PPSP. Lebih daripada 60 orang kakitangan PPSP yang terdiri daripada staf akademik dan staf bukan akademik telah menyertai kursus ini.

Semasa kursus ini, peserta-peserta didedahkan tentang apakah ISO dan sistem pengurusan berkualiti. Selain itu, peserta-peserta juga diajar tentang proses audit dalaman dan ciri-ciri atau sikap yang perlu ada pada juruaudit dalaman.

Peserta-peserta yang telah mengikuti Kursus Audit Dalaman ini adalah layak menjadi juruaudit dalaman MS ISO9001:2015 di PPSP.