Skip to main content

 Selamat Datang Ke Portal Sistem Pengurusan Kualiti Bersepadu
Unit Kualiti PPSP | USM Kampus Kesihatan

Mesyuarat Pembukaan Surveillance Audit SIRIM 

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk. 
2. Dimaklumkan bahawa pihak Pengurusan PPSP dan SIRIM QAS telah menetapkan aktiviti Audit Pemantauan (Surveillance Audit) Sistem Pengurusan Kualiti MS ISO 9001:2015 bagi Pusat Pengajian Sains Perubatan akan dijalankan pada 23-24 Oktober 2023. 
Sehubungan itu, semua Jabatan/Unit/Bahagian diharapkan agar bersiap sedia pada tarikh-tarikh tersebut bersama-sama staf atau dokumen berkaitan yang diperlukan oleh juruaudit.
 3. Untuk makluman butiran audit adalah seperti berikut: 
      Mesyuarat Pembukaan Surveillance Audit SIRIM 
      Tarikh : 23 Oktober 2023 (Isnin, jam 9.30 pagi) 
      Tempat : Bilik Persidangan Utama PPSP 
      Mesyuarat Penutup Surveilance Audit SIRIM 
      Tarikh : 24 Oktober 2023 (Selasa, jam 4.00 petang) 
      Tempat : Bilik Persidangan Utama PPSP 4. 
Semua Ketua Jabatan, Penyelaras Kualiti dan Pengawal Dokumen diminta hadir bagi kedua-dua sesi tersebut. 
 5. Jadual audit yang lebih terperinci akan dimaklumkan kemudian setelah mendapat jadual perancangan audit daripada pihak SIRIM. Segala perhatian dan sokongan daripada YBhg Prof/Dr/Tuan/Puan amat dihargai. Sekian, terima kasih.