SIRI 3: Academic Leadership
Seminar Siri 3 ini diadakan pada 21 Ogos 2023, bertempat di Bilik Persidangan, PPSP, Kampus Kesihatan USM yang merupakan lanjutan daripada SIRI 1 dan 2. Seminar ini khusus untuk pensyarah gred DU dan DS di PPSP yang tempoh perkhidmatan kurang dari lima tahun. Seramai 44 pensyarah telah hadir untuk program ini.
Objektif utama seminar Siri 3 adalah untuk menyuntik dan meningkatkan motivasi pensyarah muda ke arah menjadi pensyarah yang berkepimpinan dan juga mendedahkan mereka kepada strategi menjadi penyelia yang hebat dan berketrampilan.
Penceramah dan tajuk yang bentangkan adalah seperti di bawah:
1) Prof. Dr. Kamarul Aryffin Baharuddin: The art of being an educator
2) Dr. Nurhanis Syazni Roslan: Feeding two birds with one scone: Professionalism assessment
3) Prof. Madya Dr. Muhamad Saiful Bahari Yusof: Embracing the growing zone: A young educator’s journey beyond the comfort zone
4) Prof. Madya Dr. Muhammad Farid Johan: How to become a good supervisor
5) Prof. Dr. Liza Sharmini Ahmad Tajudin: Academic leadership: a quick guide for young leaders
SIRI 4: Internationalisation, Visibility and Community service
Seminar Siri 4 ini diadakan pada 12 September 2023, bertempat di Bilik Persidangan, PPSP, Kampus Kesihatan USM yang merupakan lanjutan daripada SIRI 1,2 dan 3. Seminar ini khusus untuk pensyarah gred DU dan DS di PPSP yang tempoh perkhidmatan kurang dari lima tahun. Seramai 50 pensyarah telah hadir untuk program ini.
Objektif utama seminar Siri 4 adalah untuk mendedahkan pensyarah muda kepada komponen KPI PPSP dan Sistem Pengurusan Kualiti yang digunapakai di PPSP untuk mencapai KPI PPSP. Disamping itu, seminar ini bertujuan untuk memberi motivasi kepada pensyarah muda untuk menjadi ahli akedemik yang bertaraf antarabangsa dan memperkenalkan pensyarah muda kepada prosedur perancangan program Komuniti.
Penceramah dan tajuk yang bentangkan adalah seperti di bawah:
1. Prof. Dr. Wan Hazabbah Wan Hitam: Introduction to PPSP and USM, PPSP KPI & Community engagement program
2. Prof. Madya Dr. Nik Rosmawati Nik Husain: Continuous quality management system
3. Prof. Zilfalil Alwi: Global leaders & Navigating barriers and challenges in academia.