Skip to main content

 Selamat Datang Ke Portal Sistem Pengurusan Kualiti Bersepadu
Unit Kualiti PPSP | USM Kampus Kesihatan

SEMINAR PPSP JUNIOR ACADEMICIAN BY DESIGN

SIRI 1: ICE BREAKING AND SHARING SESSION WITH TOP MANAGEMENT

Seminar ini diadakan pada 19 Jun 2023, bertempat di Bilik Persidangan, PPSP, Kampus Kesihatan USM. Seminar ini bertujuan untuk membantu pensyarah muda membuat persediaan sebagai seorang pensyarah di institusi pendidikan tinggi dan juga memberi pendedahan kepada pensyarah muda berkaitan komponen-komponen yang perlu dipenuhi oleh pensyarah, terutamanya penyelidikan, pengajaran dan keterlibatan dalam komuniti.

 Program ini mensasarkan pensyarah di PPSP, termasuk dari kategori DU dan DS yang tempoh perkhidmatan kurang dari lima tahun. Seramai 75 orang penyarah daripada 101 orang yang disenarai pendek menghadiri program ini.

 Seminar siri 1 ini di diisi dengan siri perkongsian dari Pengurusan Tertinggi PPSP iaitu:

1) Prof. Dr. Razak Sulaiman: Introduction and sharing experience as a lecturer in PPSP

2) Prof. Dr. Rosline Hassan: Visibility as lecturer in PPSP

3) Prof. Dr. Kamarul Aryffin Baharuddin: Developing a Mentoring Culture

4) Prof. Dr. Irfan Mohamad: Postgraduate Supervision:The 3R

5) Prof. Madya Dr. Asrenee Ab. Razak: Successful Grant Application and publication

6) Prof. Dr. Wan Hazabbah Wan Hitam: Community and Industry Linkages

SIRI 2: RESEARCH AND PUBLICATION

Seminar Siri 2 ini diadakan pada 27 Julai 2023, bertempat di Bilik Persidangan, PPSP Kampus Kesihatan USM. Seminar ini adalah lanjutan daripada SIRI 1, yang juga mensasarkan pensyarah kategori DU dan DS di PPSP yang tempoh perkhidmatan kurang dari lima tahun. Seramai 50 pensyarah telah hadir untuk program ini.

 Objektif utama seminar Siri 2 ini adalah untuk memperkenalkan pensyarah muda berkaitan geran penyelidikan yang ada dan boleh dipohon, memberi pendedahan berkaitan strategi menyediakan proposal geran penyelidikan, dan memberi maklumat berkaitan prosedur pengurusan geran penyelidikan.

 Penceramah dan tajuk yang dibentangkan sepanjang seminar ini adalah:

1) Prof. Madya Dr. Asrenee Ab. Razak: Introduction to research opportunity

2) Prof. Dr. Chan Yean Yean: Types of grants

3) Prof. Madya Dr. Asrenee Ab. Razak: Strategy on how to make a good research grant proposal

4) Prof. Dr. Rosline Hassan: Managing grant