Sinopsis: Bengkel QUALITY BY DESIGN@PPSP 2023
Antara pengisian penting di dalam bengkel ini adalah:
1.Halatuju & Perancangan KPI PPSP yang disampaikan oleh Dekan PPSP iaitu Profesor Dr. Abdul Razak Sulaiman dan semua Timbalan Dekan.
2. Manual Kualiti PPSP berdasar Skop Akreditasi SIRIM yang disampaikan oleh Timbalan Pengurus Kualiti MS ISO 9001:2015 iaitu Profesor Madya Dr Anani Aila Mat Zin
3. Cabaran Pengurusan Risiko yang disampaikan oleh Pengurus Risiko iaitu Dr. Juliawati Muhammad
Diakhir bengkel ini disusuli dengan perbincangan dan pembentangan daripada 4 kumpulan yang dibentuk iaitu Kumpulan 1: Pengurusan Tertinggi, Kumpulan 2: Akademik, Kumpulan 3: Pasca-Siswazah, dan Kumpulan 4: Penyelidikan, dan Libatsama Industri - Komuniti & Pembangunan. Alhamdulillah, bengkel ini dapat meningkatkan pemahaman warga PPSP dalam kontek kualiti sejajar dengan aspirasi PTJ dan universiti.
Bengkel QUALITY BY DESIGN@PPSP 2023 telah diadakan selama 3 hari bertempat di The Grand Renai, Kota Bharu, Kelantan. Bengkel ini dihadiri oleh 40 orang peserta yang terdiri dari Pengurusan Tertinggi dan AJK dan Sekretariat Unit Kualiti MS ISO 9001:2015 PPSP.
Tujuan utama bengkel ini adalah untuk mewujudkan:
1. Penyelarasan Manual kualiti (QMS) PPSP dengan KPI PPSP.
2. Penjajaran Prosedur kerja Pra siswazah, pasca siswazah dan Penyelidikan PPSP dengan KPI PPSP.
3. Penjajaran Pengurusan Risiko PPSP dengan KPI PPSP.
4. Meningkatkan pengetahuan dan kefahaman pengurusan tertinggi dan sekretariat kualiti mengenai sistem pengurusan kualiti MS ISO 9001:2015.