Skip to main content

 Selamat Datang Ke Portal Sistem Pengurusan Kualiti Bersepadu
Unit Kualiti PPSP | USM Kampus Kesihatan

ADUAN PELANGGAN

logos

PUSAT PENGAJIAN SAINS PERUBATAN

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

MS ISO 9001: 2015

 

 

ADUAN PELANGGAN

(PPSP/QMS/ADU/CP1)

 

 

Edition: 2

Revision No.: 0

Effective Date: 1 June 2022

 

ACTION  NAME
Prepared by Muhamad Nor Firdaus Ab Rahman
Reviewed by Prof. Dr. Zeehaida Mohamed
Approved by Prof. Dr. Abdul Razak Sulaiman

 

 

KANDUNGAN

1. OBJEKTIF

2. SKOP

3. DOKUMEN RUJUKAN

4. DEFINISI

5. SINGKATAN

6. PROSIDUR DAN TANGGUNGJAWAB

7. CARTA ALIR PROSIDUR

8. REKOD

9. LAMPIRAN

10. REKOD PINDAAN

 

1.0 OBJEKTIF

Prosedur ini digunakan untuk menguruskan aduan pelanggan di PPSP.

 

2.0 SKOP

Prosedur ini digunapakai terhadap semua aduan yang diterima sama ada melalui aduan secara atas talian (eAduan) atau bertulis melalui borang yang disediakan di dalam peti aduan dan melalui WhatsApp Hotline aduan.

 

3.0 DOKUMEN RUJUKAN

Malaysian Standard. Quality Management Systems – Requirements (Second Revision). MS ISO 9001:2015

 

4.0 DEFINISI

Aduan

Hal atau perkara yang ingin diadukan.

eAduan

Satu sistem yang dibangunkan untuk menerima aduan secara atas talian daripada orang ramai.

Aduan Bertulis

Aduan yang diterima melalui kotak aduan atau secara bersurat.

Maklumat Aduan Yang Lengkap

Aduan yang mempunyai nama, email dan pernyataan aduan yang lengkap.

WhatsApp Hotline Aduan.

Nombor WhatsApp khas untuk pengadu membuat aduan yg segera melalui aplikasi WhatsApp.

Rekod

Sebarang data yang  merangkumi semua bentuk penulisan, gambar, bahan cetak, bahan elektronik yang dihasilkan atau diterima oleh Jawatankuasa Aduan.

Klasifikasi Aduan

Aduan diklasifikasikan sebagaimana berikut:

            i.  Perkhidmatan

           ii.  Staf

          iii.  Kemudahan

          iv.  Lain-lain

Aduan Yang Memerlukan Tindakan Segera

Aduan yang berkaitan dengan kemudahan asas yang perlu tindakan segera.

Penyimpanan Rekod Aduan

Semua rekod-rekod di dalam file khusus yang berstatus SULIT.

Rekod aduan hanya boleh diakses oleh Pengerusi dan SU1 sahaja.

Rekod disimpan  di tempat yang tidak berisiko seperti kebakaran, air, makhluk perosak, vandalisma, kimia dan kekasaran manusia.

Rekod-rekod disimpan dalam bentuk fail.

Keselamatan

Bilik stor mesti dikunci setiap masa.

Pelupusan

Senarai rekod untuk dilupus perlu disahkan oleh Pengerusi.

Senarai pelupusan perlu megandungi semua rekod-rekod yang dicadangkan untuk dilupuskan. 

Pelupusan rekod dilakukan oleh SU1.

Skuad Ronda PPSP

Pasukan petugas khas yang dilantik oleh Dekan untuk mengambil tindakan segera terhadap aduan berkenaan kerosakan kemudahan asas.

 

5.0 SINGKATAN

PTJ

Pusat Tanggungjawab.

PPSP

Pusat Pengajian Sains Perubatan

SU1

Setiausaha 1

 

6.0 PROSIDUR DAN TANGGUNGJAWAB

6.1

Terima dan daftar aduan, (Sama ada melalui e-Aduan, Borang Aduan atau WhatsApp Hotline Aduan - 0108624030)

SU1

6.2

Semak maklumat aduan

SU1

6.3

Pengesahan aduan diterima:

      i.        Secara automatik melalui web eAduan.

     ii.        Melalui WhatsApp Hotline Aduan.

    iii.        Dihubungi jika email atau nombor telefon disertakan.

SISTEM

6.4

Semak jenis aduan dan klasifikasikan mengikut Jabatan / Unit

SU1

6.5

    i.  Hantar kepada jabatan / unit dan / atau PTJ dan Pengarah Kampus melalui surat.

   ii.  Aduan yang memerlukan tindakan segera yang biasanya diterima melalui WhatsApp Hotline Aduan dihantar segera ke Gerup WhatsApp Skuad Ronda (Tanpa surat) untuk tindakan. Aduan yang memerlukan tindakan segera biasanya melibatkan aduan tentang prasarana.

SU1

6.6

Maklumbalas yang tidak diterima akan diberi memo peringatan. Memo peringatan dihantar kepada jabatan / unit / PTJ terlibat.

SU1

6.7

Maklumbalas yang diterima, dianalisa dan direkod.

SEMUA AJK

6.8

Hasil analisa dimaklumkan kepada pengadu melalui email atau telefon.

SU1

 

7.0 CARTA ALIR PROSIDUR

 

8. REKOD

Rekod

No. Rujukan

Simpanan

Tempoh

Lokasi

Pegawai bertanggung jawab

Rekod Aduan

PPSP/QMS/ADU/CP1/R1

5 tahun

Dalam Sistem eAduan dan Pejabat Kualiti

SU1

Rekod Komunikasi, Maklumbalas dan Minit Mesyuarat.

PPSP/QMS/ADU/CP1/R2

5 tahun

Pejabat Kualiti

SU1

Rekod Hasil Analisa dan Pembentangan MRM.

PPSP/QMS/ADU/CP1/R3

5 tahun

Pejabat Kualiti

SU1

 

9. LAMPIRAN

Borang Aduan (PPSP/ADU/CP1/L2)

 

10. REKOD PINDAAN