
Taklimat yang dianjurkan oleh Jawatankuasa Jaminan Kualiti Dalaman dan Luaran (IEQA) di bawah UPS-Q dengan Kerjasama Bahagian Siswazah, PPSP ini telah berlangsung secara atas talian menggunakan WEBEX. Taklimat ini bertujuan sebagai persediaan audit pematuhan dan penyediaan dokumen berkaitan untuk mod penyelidikan program di PPSP. Jawatankuasa IEQA telah menjemput Ir. Ts. Dr. Mastura Azmi, Timbalan Pengarah Pusat Kualiti Akademik (PKA) daripada kampus induk sebagai penceramah taklimat tersebut. Taklimat ini telah disertai oleh ajk IEQA, ajk JKA dan juga para pensyarah yang telah dicalonkan oleh ketua jabatan masing-masing.