TAKLIMAT IMPLEMENTASI ‘VALUE BASED EDUCATION (VBE) & EDUCATION FOR SUSTAINABLE DEVELOPMENT (ESD)’
Taklimat ini telah berlangsung pada 26 Mac 2025 (Rabu) di Bilik Persidangan PPSP yang dianjurkan oleh Jawatankuasa Kualiti Akademik (JKA) di bawah Unit Pengurusan Strategik & Kualiti (UPS-Q), PPSP. Prof. Madya Dr. Ahmad Fahmi Lim telah dijemput sebagai penceramah bersama-sama Dr. Chang Kah Haw daripada Pusat Pengajian Sains Kesihatan (PPSK) sebagai fasilitator untuk taklimat ini. Taklimat ini dihadiri oleh lebih kurang 90 orang pensyarah PPSP serta jawatankuasa-jawatankuasa yang berkaitan.
Taklimat yang berlangsung selama 4 jam ini telah memberi pendedahan mengenai keperluan MQF versi 2.0 (2024), Mapping CLO-PLO-TLO, dan kompetensi ESD kepada hadirin.
Bahan-bahan pembelajaran/tugasan juga telah diedar dengan bantuan Dr. Chang Kah Haw kepada semua jemputan untuk meneliti aliran kerja implementasi MQF 2.0 (2024) yang telah digunakan oleh PPSK beserta langkah-langkah integrasi ESD dan lain-lain.